Buku Cuit koleksi kolum tulisan Zaini Hassan kini di pasaran Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130306/dn_52/Buku-iCuiti-koleksi-kolum-tulisan-Zaini-Hassan-kini-di-pasaran#ixzz2Mm7jh4ck © Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR 6 Mac – Kolum mingguan setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia karya Penolong Ketua Pengarang 1, akhbar tersebut, Datuk Zaini Hassan, dihimpunkan menjadi sebuah buku berjudul Cuit.

Buku tersebut dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena program ‘Bicara Perkongsian Pengalaman Membina Negara’ di Auditorium Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Zaini berkata, beliau bersyukur apabila karya sumbangannya diiktiraf dan berharap pembaca dapat mempelajari sesuatu tentang politik baru yang berlaku di dalam negara.

Beliau menambah, ahli-ahli politik seharusnya lebih berfikiran ‘baru’ dalam menuju ke arah Wawasan 2020.

“Kita bukan lagi dalam era politik 70-an mahupun 80-an, jadi pemikiran baru perlu diamalkan oleh ahli-ahli politik tidak kira pembangkang mahupun prokerajaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican yang mengulas buku tersebut berkata, ia merupakan salah satu penulisan penting tentang kehidupan politik Malaysia yang masih dalam peringkat kematangan.

“Penulisan beliau menambah semangat baru rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu sekali gus mampu mempengaruhi rakyat” katanya.

Cuit ialah nama kolum mingguan setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia.

Ia mula diterbitkan pada 2008 sebaik sahaja tsunami politik melanda Malaysia.

Tulisan dalam buku ini adalah koleksi empat tahun Cuit yang tersiar sehingga Disember 2012.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pakar sejarah sokong Rais, Sabah milik sah Malaysia

KOTA KINABALU 6 Mac – Beberapa pakar sejarah hari ini menegaskan, Sabah ialah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak kerana rakyat negeri itu telahpun bersetuju dengan pembentukan Malaysia dalam tinjauan kajian Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

Ketua Program Sejarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat berkata, berdasarkan bukti sejarah, ia jelas menunjukkan status negeri Sabah memang sah sebagai sebahagian daripada Malaysia dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Walaupun Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Malaysia, pernah dikuasai dan dipengaruhi oleh Kesultanan Brunei dan Sulu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, Jepun dan penjajah British, tetapi selepas 1963, keadaannya berubah setelah Sabah bersama dalam pembentukan Malaysia, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa Suruhanjaya Cobbold membuat tinjauan menyeluruh di Sabah dan Sarawak selama empat bulan mengenai penubuhan Malaysia, suruhanjaya itu menerima 2,200 memorandum, dengan lebih kurang 80 peratus rakyat kedua-dua negeri itu menyokong penubuhan Malaysia.

Laporan suruhanjaya itu telah dikemukakan kepada kerajaan British, dan Malaysia kemudian ditubuhkan dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, tambahnya

“Oleh itu, Sabah secara rasmi menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963,” katanya.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Sabah ialah hak Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, pakar sejarah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang turut bersetuju dengan kenyataan Rais itu berkata, Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf dunia.

“Oleh itu, tidak timbul soal tuntutan sebahagian daripadanya oleh mana-mana pihak sekalipun. Kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan semalam adalah tepat dari segi sejarahnya.

“Tidak timbul soal tuntutan, perkara itu sudah selesai lama dahulu,” kata Felo Utama Unit Kajian Strategik Universiti Malaysia Perlis ketika dihubungi di sini.

Ramlah berkata, pungutan suara oleh Suruhanjaya Cobbold itu menyamai pungutan suara yang dilakukan untuk meninjau pendapat penduduk Singapura berhubung penubuhan Malaysia pada 1962 melalui Referendum Singapura.

“Mereka tidak boleh menuntut hanya berdasarkan sejarah. Contohnya kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris pada satu masa dulu, kerajaan Siam (pada masa ini) sememangnya tidak boleh tuntut balik negeri-negeri itu,” katanya.

Ramlah berkata, rakyat Malaysia terutama di Sabah perlu jelas mengenai perkara itu dan perlu ada kesedaran untuk negara terus kekal aman serta menyokong kedaulatan negara.

“Kita bercakap tentang keselamatan dan kedaulatan negara, ini bukan masanya untuk mempolitikkan perkara ini atau menyalahkan kerajaan,” tegas Ramlah.

Sementara itu, tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, Borneo Utara (Sabah) telah diasingkan daripada Sulu sejak 1885 dan ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

“Perkara ini (pengasingan Sabah daripada Sulu) sudah berlaku sejak lama dahulu iaitu sebelum Suruhanjaya Cobbold 1963 lagi, jadi susah kalau kita nak ubah keadaan,” katanya. – BERNAMA

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kereta api laju: Malaysia-Singapura buat kajian bersama

SINGAPURA 6 Mac – Malaysia dan Singapura akan membuat kajian bersama untuk melihat aspek terperinci cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Laju (HSR) antara negara ini dan Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, secara prinsipnya kedua-dua buah negara telah bersetuju bahawa projek tersebut penting dan penyokong kuat pelaksanaannya yang diputuskan semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini bulan lalu.

“Kedua-dua negara menyokong dengan kuat, jadi peringkat seterusnya adalah membuat kajian bersama untuk melihat kepada aspek terperinci, dah setuju dah lalu ikut mana , berapa stesen, kos teknikal, nak share (kongsi) berapa Malaysia kena bayar, Singapura (berapa), hal-hal teknikal ini perlu dimuktamadkan,” katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan beliau ke sini bagi menarik pelaburan dan mempromosi sektor pelancongan ke negara ini di Raffle City Convention Center di sini semalam. – UTUSAN

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Operasi buru pengganas diperluaskan ke Tanjung Batu

lAHAD DATU 6 Mac – Pasukan keselamatan kini bersedia meningkatkan operasi pemeriksaan di Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian, yang dikatakan menjadi lokasi persembunyian pengganas Sulu, menurut sumber. – UTUSAN

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perak akan bantu keluarga wira negara – Zambry

IPOH 6 Mac – Kerajaan negeri Perak sedang memikirkan usaha terbaik untuk membantu keluarga wira negara khususnya anggota komando VAT 69, Pasukan Gerakan Khas (PGK) dari Markas Briged Utara, Hulu Kinta, di sini yang terkorban dalam insiden pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri amat menghargai pengorbanan anggota berkenaan dan bersimpati terhadap keluarga mereka.

“Kita sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membantu khususnya keluarga anggota VAT 69 yang terkorban,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah melancarkan kutipan derma untuk diserahkan kepada Tabung Wira Lahad Datu yang diusahakan oleh Media Prima Berhad.

Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. – BERNAMA

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KPK Buka Peluang Tambah Tersangka Kasus PON Riau

Jakarta – Beberapa anggota DPRD Riau yang ditetapkan sebagai tersangka dalam kasus korupsi PON. Jumlah tersebut kemungkinan akan bertambah lagi.

“Ini semuanya masih berkembang kan, tapi tidak tertutup kemungkinan,” ujar Wakil Ketua KPK Busyro Muqoddas di gedung Dewan Pers, Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Rabu (6/3/2013).

Busyro menjelaskan pihak terus menggali keterangan dan bukti telah didapatkannnya. Dari satu bukti, akan berkembang ke bukti-bukti selanjutnya.

“Karena kebenaran materil kan gak bisa berhenti pada satu titik. Sekarang 11 atau 12 orang. kalau besok ada perkembangan, bisa tambah dong. Itulah yang spesifik di KPK seperti itu,” kata Buysro mencontohkan.

” Kami gak mungkin membatasi hanya seseorang, kalo ada orang lain yang itu terbukti, ada indikasi awal, kita gali terus,” imbuhnya.

Sebelumnya, KPK menetapkan 7 tersangka anggota DPRD Riau yaitu Adrian Ali, Abu Bakar Sidiq, Tengku Muhaza, Zulfi Heri, Muhammad Rum Zein, dan Syarif Hidayat, Toerechan Assyari.

Ketujuhnya dipersangkakakn dan dikenakan pasal penyidikan pasal 12 ayat (a) atau (b), pasal 5 ayat (2), pasal 11 UU nomer 31 tahun 1999 tentang Tinda Pidana Korupsi junto pasal 55 ayat 1 KUHP.

Posted in Uncategorized | Leave a comment